Wednesday, April 22, 2009

Wednesday, April 8, 2009

Surat terbuka buat manusia bergelar genius!!

Assalamualaikum WBT,

Kehadapan sahabat barua alamku yang sekarang berada jauh dimata dan lagi jauh dihati dengan harapan cepatlah mati.
Dahulu sewaktu baru kau ku kenal, kau seorang yang mendengar kata.... tetapi sekarang kau adalah seorang penghina yang paling degil didunia..... Bongkak, ego dan takbur nampak serlah diwajahmu. Telah kau lupa pengorbanan manusia manusia yang lain yang telah pernah kau tagih demi mencapai kejayaan. Kau hina, kau tipu , kau belit segala apa yang telah ku lakukan....... demi mencapai niat dihati.

Sahabat barua alamku,

Sedarlah, tanpa kami semua kau hanya sampah dimata masyarakat.... ibarat sebutir najis kambing yang tiada guna. Akan tetapi kami telah olah kamu menjadi kompos untuk penternakan cacing yang berharga. Tetapi kau lupa, kau ingat kau sudah berjaya mengharungi dunia ini. Lupakah kau bahawa kau masih mentah....masih belum matang ....masih belum ranum??? Tapi cara kau berhujah ibarat kau yang telah menhidupkan kami, kau yang seperti manusia yang membela.... memberi segalanya kepada kami.... kau ego dengan ideologi yang tidak berguna.

MEMANG KAULAH PEROSAK SEGALA APA YANG TELAH AKU BAIKI SELAMA INI...

Wahai manusia munafik yang tak sedar diri..... andai ku boleh untuk memasukan kakiku yang bersaiz 11 ini kedalam mulutmu yang busuk itu..... sudah lama aku terajang, dah lama aku tumbuk... tapi walaupon aku kurang didikan agama... aku hanya akan berdoa agar kau dihukum oleh tuhan.... seberat beratnya...... kudoakan kau akan hancur masa depan kerana kau

MANUSIA YANG LUPA DIRI......

JANGAN LUPA WALAUPUN ANDA TIDAK LUPA SEMBAHYANG MENYEMBAH ALLAH SWT TAPI TANPA HATI YANG BERSIH...ANDA IBARAT SYAITAN YANG TELAH DIBUANG KEBUMI.....KALAU TIDAK TAKKAN ADA NERAKA KHUSUS BUAT MEREKA YANG SEMBAHYANG....

Aku cuma mahu menonton kemusnahan yang bakal kau alami akibat perbuatan dan pilihan yang bijak darimu...... yang penting JANGAN GANGGU AKU.......SEGALA HARTAKU, KUDRATKU, IDEAKU, KELUARGAKU, HATIKU ADALAH HARAM BUATMU SAHABAT BARUA ALAMKU.....

Macam orang Penang kata " MAMPUIH PII KAT ANGGGG!!!!!"

Tuesday, March 24, 2009

Melayu - Pengkhianatan dan Pembela Bangsa

Sejak akhir2 ini banyak timbul golongan2 yang anti melayu dalam rumpun bangsa itu sendiri. Ada yang komen, kritik dan komen bangsa melayu secara radikal dan tidak berfikir serta membuat kajian menyeluruh mengenai permasalahan bangsa kita ini. Yang lebih menarik ia di pelopori oleh anak2 melayu yang "educated", lulusan universiti dalam negeri kita.
Cuba kita sedar dan selidiki, ada atau tidak bangsa cina atau india secara terus terang menghina bangsa mereka? Saya rasa amat sukar untuk kita cari jawapannya. Tetapi boleh dikatakan TIDAK ADA LANGSUNG.
Ada atau tidak bangsa cina menghina bangsa sendiri kerana ideologi politik mereka? Jawapannya tiada... kalau ada pon ia hanya lebih cenderung kearah pahaman politik bukan bangsa.
Di Malaysia sekarang banyak graduan melayu yang tidak memahami konsep Malaysia, mereka lebih suka dengan konsep Malaysia for Malaysian. Ya, demi demokrasi itulah yang benar dan tepat akan tetapi jangan lupa, sebelum Malaysia ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Bermakna kita adalah tuan tanah dan bangsa lain merupakan penduduk kita.

Ramai anak melayu sudah lupa sejarah asal usul kita yang sebenarnya. Sehingga ada yang sanggup memberikan komen yang jelas boleh dikatakan sebagai "melayu murtad". Ya ini adalah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan golongan "graduan tak kenang budi" ini.
Ada yang berkata" orang melayu terlalu bersubsidi", " golongan meminta" dan lain lain lagi.
Bagi saya golongan melayu murtad ini patut mencerminkan diri mereka dahulu....adakah mereka sebaik yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka berazam untuk memperbaiki bangsa kita dari akar umbi tapi golongan ini lebih berminat untuk menjadi duri dalam daging bangsa melayu.
Adakah mereka belajar tanpa bantuan PTPTN dan duit emak abah akak abang mereka yang melayu. Adakah mereka mendapatkan bantuan kewangan dari MCA, MIC dan lain lain pertubuhan bukan melayu?

Jawapannya ada didalam diri anda semua. Berhentilah menghina bangsa sendiri dan bangkit untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara tanpa mengira ideologi politik anda samaada PKR, PAS atau UMNO.

Akhir sekali, 3 parti utama melayu berperang... bangsa lain dok gelak kat kita. Lambat laun Malaysia jadi Malaysiap.

Wednesday, January 28, 2009

2009 dah mula...

Fuhhhh dah start kerja balik....dan dah start pilitikus politikus di pejabat aku untuk masuk jarum dan buat dajal dengan orang.... January nih aja aku dah kena 2 kes yang bodo nak mampus....menyakitkan hati bila orang cuba tikam dari belakang...dan pastinya orang itu ialah bangsa aku sendiri....bangsa aku yang tak buleh lihat orang lain maju lebih dari dia.....anak buah aku yang baru nak masuh 2/2 nih pon bnyk masalah....attitude problem.... bnyk cakap dari buat kerja dan orang kata dia poen sbb harap badan ja besar tapi hati pondan....
Ini antara cabaran yang perlu aku hadapi sepanjang tahun 2009 nih.... dan percayalah selagi aku tak run bisnes sendiri selagi itulah hati aku tak seronok walaupon duit masuk banyak......