Tuesday, March 24, 2009

Melayu - Pengkhianatan dan Pembela Bangsa

Sejak akhir2 ini banyak timbul golongan2 yang anti melayu dalam rumpun bangsa itu sendiri. Ada yang komen, kritik dan komen bangsa melayu secara radikal dan tidak berfikir serta membuat kajian menyeluruh mengenai permasalahan bangsa kita ini. Yang lebih menarik ia di pelopori oleh anak2 melayu yang "educated", lulusan universiti dalam negeri kita.
Cuba kita sedar dan selidiki, ada atau tidak bangsa cina atau india secara terus terang menghina bangsa mereka? Saya rasa amat sukar untuk kita cari jawapannya. Tetapi boleh dikatakan TIDAK ADA LANGSUNG.
Ada atau tidak bangsa cina menghina bangsa sendiri kerana ideologi politik mereka? Jawapannya tiada... kalau ada pon ia hanya lebih cenderung kearah pahaman politik bukan bangsa.
Di Malaysia sekarang banyak graduan melayu yang tidak memahami konsep Malaysia, mereka lebih suka dengan konsep Malaysia for Malaysian. Ya, demi demokrasi itulah yang benar dan tepat akan tetapi jangan lupa, sebelum Malaysia ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Bermakna kita adalah tuan tanah dan bangsa lain merupakan penduduk kita.

Ramai anak melayu sudah lupa sejarah asal usul kita yang sebenarnya. Sehingga ada yang sanggup memberikan komen yang jelas boleh dikatakan sebagai "melayu murtad". Ya ini adalah perkataan yang terbaik untuk menggambarkan golongan "graduan tak kenang budi" ini.
Ada yang berkata" orang melayu terlalu bersubsidi", " golongan meminta" dan lain lain lagi.
Bagi saya golongan melayu murtad ini patut mencerminkan diri mereka dahulu....adakah mereka sebaik yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka berazam untuk memperbaiki bangsa kita dari akar umbi tapi golongan ini lebih berminat untuk menjadi duri dalam daging bangsa melayu.
Adakah mereka belajar tanpa bantuan PTPTN dan duit emak abah akak abang mereka yang melayu. Adakah mereka mendapatkan bantuan kewangan dari MCA, MIC dan lain lain pertubuhan bukan melayu?

Jawapannya ada didalam diri anda semua. Berhentilah menghina bangsa sendiri dan bangkit untuk mempertahankan bangsa, agama dan negara tanpa mengira ideologi politik anda samaada PKR, PAS atau UMNO.

Akhir sekali, 3 parti utama melayu berperang... bangsa lain dok gelak kat kita. Lambat laun Malaysia jadi Malaysiap.